Wednesday, October 11, 2023

Sejarah Anggerik

 

Anggerik atau orkid  ialah jenis bunga yang termasuk dalam keluarga tumbuhan berbunga Orchidaceae. Keluarga tersebut merupakan satu dari dua keluarga tumbuhan berbunga paling besar bersama Asteraceae, ia mempunyai kira-kira 28,000 spesies yang diterima dalam 763 genus. Keluarga bunga anggerik merangkumi kira-kira 6–11% daripada semua tumbuhan berbenih. Bunga anggerik datang dalam pelbagai warna dan berbau harum.

Sejak tumbuhan orkid ini mula ditanam sebagai pokok hiasan pada abad ke-19, ahli-ahli hortikultur telah menghasilkan lebih daripada 100,000 kacukan dan kultivar.

Anggerik jenis Vanda Miss Joaquim merupakan bunga kebangsaan negara Singapura.


Etimologi

Istilah "orkid" meminjam daripada kata bahasa Inggeris orchid, istilah orchid diperkenalkan pada tahun 1845 oleh ahli botani Inggeris John Lindley dalam buku School Botany memendekkan nama keluarga Orchidaceae.


Taksonomi

Nama keluarga Orchidaceae datang daripada genus tumbuhan Orchis daripada kata bahasa Yunani Purba ὄρχις órkhis yang bermaksud "buah zakar" kerana bentuk umbi kembar dalam sesetengah spesies Orchis.


Botani

Semua spesies anggerik ialah tumbuhan saka dan herba tanpa struktur berkayu kekal. Pokok bunga anggerik boleh tumbuh mengikut dua corak:

monopodial: batang pokok tumbuh dari tunas tunggal, daun ditambah dari apeks tunas setiap tahun dan batang tumbuh panjang mengikutnya.

simpodial: satu batang belakang yang tua dan satu batang depan yang muda. Pokok menumbuhkan beberapa pucuk bersebelahan yang mencapai saiz tertentu, berbunga dan layu diganti.

Daun-daun pokok anggerik ringkas dengan urat selari. Daun-daun ini berbentuk bujur, mata lembing, atau hampir bulat; saiz daun pada tumbuhan individu tidak tetap.


Bunga

Bunga anggerik terdiri daripada 5 bagian utama iaitu sepal (kelopak bunga), petal (mahkota bunga), benang sari, putik dan ovari (bakal buah). Sekuntum bunga anggerik mempunyai tiga kelopak, tiga ranggi dan satu ovari tiga ruang. Ketiga-tiga kelopak dan dua ranggi ini selalunya nampak serupa tetapi satu ranggi yang tinggal diubahsuai membentuk "bibir" (labellum). "Bibir" ini dalam bunga banyak genus anggerik berputar 180° dan masuk ke bawah sulurnya; sulur ini dicantumkan dengan ginoesium menjadi turus. "Bibir" ini berfungsi menarik atau memerangkap serangga yang hinggap di bunga tersebut.


Genus


Berikut merupakan antara genus paling terkenal keluarga anggerik:

Bungga anggerik

Pokok anggerik yang dipasangkan kepada tiang membentuk anggerik gergasi.

Aa

Abdominea

Acampe

Acanthephippium

Aceratorchis

Acianthus

Acineta

Acrorchis

Ada

Aerangis

Aeranthes

Aerides

Aganisia

Agrostophyllum

Amitostigma

Anacamptis

Ancistrochilus

Angraecum

Anguloa

Ansellia

Aorchis

Aplectrum

Arethusa

Armodorum

Ascocenda

Ascocentrum

Ascoglossum

Australorchis

Auxopus

Baptistonia

Barbrodia

Barkeria

Barlia

Bartholina

Beloglottis

Biermannia

Bletilla

Brassavola

Brassia

Bulbophyllum

Calypso

Catasetum

Cattleya

Cirrhopetalum

Cleisostoma

Clowesia

Coelogyne

Coryanthes

Cymbidium

Cyrtopodium

Cypripedium

Dactylorhiza

Dendrobium

Disa

Dracula

Encyclia

Epidendrum

Epipactis

Eria

Eulophia

Gongora

Goodyera

Grammatophyllum

Gymnadenia

Habenaria

Herschelia

Laelia

Lepanthes

Liparis

Ludisia

Lycaste

Masdevallia

Maxillaria

Meliorchis

Mexipedium

Miltonia

Mormodes

Odontoglossum

Oeceoclades

Oncidium

Ophrys

Orchis

Paphiopedilum

Paraphalaenopsis

Peristeria

Phaius

Phalaenopsis

Pholidota

Phragmipedium

Platanthera

Pleione

Pleurothallis

Promenaea

Pterostylis

Renanthera

Renantherella

Restrepia

Restrepiella

Rhynchostylis

Roezliella

Saccolabium

Sarcochilus

Satyrium

Selenipedium

Serapias

Sophronitis

Spiranthes

Stanhopea

Stelis

Thrixspermum

Tolumnia

Trias

Trichocentrum

Trichoglottis

Vanda

Vanilla

Zeuxine

Zygopetalum

Sejarah Anggerik

  Anggerik atau orkid  ialah jenis bunga yang termasuk dalam keluarga tumbuhan berbunga Orchidaceae. Keluarga tersebut merupakan satu dari d...